Followers

Sunday, July 20, 2008

BUBUR PULUT HITAM



Bubur Pulut Hitam merupakan satu lagi jenis pencuci mulut yg terbiasa ada sewaktu majlis-majlis perkahwinan. Ia juga adalah kegemaran anak-anak saya yang suka makan bubur ni terutama sekali setelah didinginkan dalam peti sejuk. Nak buatnya taklah susah. Kalau nak cuba versi saya, inilah saya sertakan resipinya. Selamat mencuba!!


BUBUR PULUT HITAM

Bahan-Bahannya :

300 gm pulut hitam (cuci bersih dan rendam 4 - 5 jam)
1400 ml air

* Rebus pulut hitam dgn air sehingga pulut empuk –kira-kira 30 minit. Biarkan lebihan airnya.

100 gm gula melaka (diracik)
250 ml air
* Masak kedua-dua bahan ini sehingga gula larut.

300 ml santan kotak KARA*
200 ml air *
80 gm gula pasir *
1½ sudu teh garam *
2-3 helai daun pandan (disimpul) *


Santan Pekat (Dadih)
150 ml santan pekat
50 ml air
secubit garam
* Masak sebentar sehingga mendidih)

Cara:
Setelah pulut hitam empuk, masukkan air gula melaka dan bahan-bahan *. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Sekali- sekala hendaklah dikacau bubur ini. Setelah mendidih, matikan api.


Cara Menghidangkan Bubur
Sendukkan bubur kedalam mangkuk dan bubuh sedikit santan pekat ke atasnya.

Catatan : 
Jika anda menggunakan periuk tekanan udara (pressure cooker)  utk merebus pulut hitam ni, anda cuma perlu merendam pulut ni kira-kira 30 minit hingga 1 jam saja.

No comments: